PRODUK IKS
Baju Bidayuh Perempuan
1. Penjelasan :
Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo
pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam, putih dan merah paras lutut
berhias selempang merah sebagai perhiasan dan tali pinggang bidayuh yang terdiri
daripada syiling perak dikenakan pada bahagian pinggang si pemakai. Perhiasan
kepalanya ialah sipiah dari tiga warna utama iaitu hitam, merah, dan putih
dengan hiasan sulaman manik halus, labuci dan syiling perak. Terdapat juga
rantai yang diperbuat daripada manik-manik sebagai penambahan perhiasan pada
pakaian tradisional Bidayuh ( perempuan ) ini.
2. Pengenalan
Baju bidayuh adalah salah satu pakaian
tradisional kaum Bidayuh. Kaum Bidayuh kebanyakkannya berada di kawasan Kuching
seperti Bau, Serian dan sebagainya. Kaum ini terbahagi kepada 4 suku kaum iaitu
Selakau/ Lara, Jagoi/ Singai, Biatah, dan Bukar/Sadong. Pakaian bidayuh ini
terdiri daripada pakaian perempuan dan lelaki. Pakaian tradisioanal bidayuh ini
selalunya dipakai pada hari Gawai, hari perkahwinan kaum bidayuh dan banyak
lagi. Pakaian ini sangat unik dan menarik walaupun tidak mempunyai banyak
warna.
3. Contact No :
- 012-7764532 ( Cik Beatrishia )
- 014-5678945 ( Cik Beka )
- 019-9198205 ( Puan Abylisha )
4. Lokasi :
Lot 2818, Jln Indah, Bandar Baru
Permyjaya, 98000 Miri, Sarawak.
5. Teknik pasaran
Produk
Pakaian tradisional kaum bidayuh yang
dihasilkan dengan cantik dan kemas buatannya bagi memenuhi permintaan pelanggan
dan menjamin kepuasan mereka terhadap produk yang dihasilkan.
Price
Harga yang dikenakan adalah mengikut
aksesori pakaian yang dipilih oleh pelanggan. Jika pelanggan hanya memilih
aksesorinya sahaja harganya adalah berlainan dengan harga satu set pakaian
tersebut. Namun tetapi, harga boleh dirunding mengikut kesesuian.
Topi : RM70
Baju dan kain sarung/ skirt : RM250
Tali Pinggang : RM48
Selempang merah : RM79
Place
Pelanggan boleh datang ke tempat niaga
kami iaitu di Lot 2818, Jln Indah, Bandar Baru Permyjaya, 98000 Miri, Sarawak.
Kawasan yang berdekatan adalah e-mart yang semakin menjadi tumpuan ramai
seperti penduduk tempatan mahupun pelancong asing terutamanya masyarakat
Brunei.
Promotion
Promosi akan dilakukan melalui iklan,
surat khabar, brosur, flyer, laman web, media sosial seperti Wechat, Facebook
dan sebagainya.
Process
Bagi penempahan, pelanggan hendaklah :
Bagi penempahan, pelanggan hendaklah :
1. Menghubungi
nombor yang diberikan.
2. Memberi
keterangan diri, tempat tinggal dan nombor yang boleh dihubungi.
3. Memberitahu aksesori yang diinginkan.
4. Apabila tempahan telah disiapkan, bayaran hendaklah dilaksanakan.
5. Tempahan akan dihantar mengikut alamat yang telah diiberikan.
3. Memberitahu aksesori yang diinginkan.
4. Apabila tempahan telah disiapkan, bayaran hendaklah dilaksanakan.
5. Tempahan akan dihantar mengikut alamat yang telah diiberikan.
Participant/ People
Antara sasaran pelanggan kami ialah
kaum-kaum Bidayuh yang mempunyai anak-anak perempuan. Seterusnya, kaum lain
yang meminati dan ingin menjadikan pakaian tradisional Bidayuh ini sebagai satu
koleksi dan sebagainya.
Physical Evidence
Melalui gambar-gambar koleksi pakaian
tradisional Bidayuh yang telah dihasilkan yang telah ditayangkan di dalam
bahan-bahan promosi kami.
Productivity/ Quality
Pembuatan pakaian tradisional ini akan
dipastikan kemas dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat aksesori-aksesori
dan kain yang digunakan dijamin berkualiti tinggi. Penambahbaikan akan selalu
dilakukan terhadap produk bagi menjamin kepuasan pelanggan.
#Asignment_sahaja :)