Saturday 9 July 2016

Lets visit Miri !!

Miri merupakan sebuah bandaraya yang kedua terbesar di Sarawak selepas bandaraya Kuching. Miri mempunyai banyak tarikan pelancongan. Miri juga merupakan salah satu tempat yag mempunyai banyak bubuk ( udang kecil ). Oleh itu, Miri amatlah terkenal dengan belacan.
Antara tempat menarik yang anda boleh lawati di Miri ialah :

1. Dataran Kipas
Dataran ini berbentuk kipas. Ia sering dikunjungi apabila ada apa-apa acara dan juga pameran. Berhampiran dengan Dataran Kipas juga terdapat perpustakaan awam. Suasana di Dataran Kipas amatlah menarik dan sangat cantik !

2. Taman Awam Miri
Taman ini sering menerima kunjungan daripada penduduk tempatan dan penduduk luar seperti penduduk Brunei. Taman ini popular kerana ianya amat sesuai untuk aktiviti beriadah bersama keluarga. Kanak-kanak amat meminati taman ini kerana ianya mempunyai kolam renang yang comel khas untuk anak-anak kecil.


** Sekian dahulu perkongsian saya mengenai bandaraya tercinta ini. Banyak lagi tau tempat-tempat menarik yang terdapat di Miri nie yang saya belum kongsi bersama anda semua .. Datanglah alami sendiri keindahan destinasi pelancongan ini ! < :

No comments:

Post a Comment