Wednesday 10 August 2016

BAJU KAUM BIDAYUH (PRODUK IKS) / 2016


PRODUK IKS

   Baju Bidayuh Perempuan

1. Penjelasan :
Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam, putih dan merah paras lutut berhias selempang merah sebagai perhiasan dan tali pinggang bidayuh yang terdiri daripada syiling perak dikenakan pada bahagian pinggang si pemakai. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna utama iaitu hitam, merah, dan putih dengan hiasan sulaman manik halus, labuci dan syiling perak. Terdapat juga rantai yang diperbuat daripada manik-manik sebagai penambahan perhiasan pada pakaian tradisional Bidayuh ( perempuan ) ini.

2. Pengenalan
Baju bidayuh adalah salah satu pakaian tradisional kaum Bidayuh. Kaum Bidayuh kebanyakkannya berada di kawasan Kuching seperti Bau, Serian dan sebagainya. Kaum ini terbahagi kepada 4 suku kaum iaitu Selakau/ Lara, Jagoi/ Singai, Biatah, dan Bukar/Sadong. Pakaian bidayuh ini terdiri daripada pakaian perempuan dan lelaki. Pakaian tradisioanal bidayuh ini selalunya dipakai pada hari Gawai, hari perkahwinan kaum bidayuh dan banyak lagi. Pakaian ini sangat unik dan menarik walaupun tidak mempunyai banyak warna.

3. Contact No :
- 012-7764532 ( Cik Beatrishia )
- 014-5678945 ( Cik Beka )
- 019-9198205 ( Puan Abylisha )

4. Lokasi :
Lot 2818, Jln Indah, Bandar Baru Permyjaya, 98000 Miri, Sarawak.

5. Teknik pasaran
Produk
Pakaian tradisional kaum bidayuh yang dihasilkan dengan cantik dan kemas buatannya bagi memenuhi permintaan pelanggan dan menjamin kepuasan mereka terhadap produk yang dihasilkan.

Price
Harga yang dikenakan adalah mengikut aksesori pakaian yang dipilih oleh pelanggan. Jika pelanggan hanya memilih aksesorinya sahaja harganya adalah berlainan dengan harga satu set pakaian tersebut. Namun tetapi, harga boleh dirunding mengikut kesesuian.
                        
      Topi : RM70
      Baju dan kain sarung/ skirt : RM250
      Tali Pinggang : RM48
      Selempang merah : RM79

Place
Pelanggan boleh datang ke tempat niaga kami iaitu di Lot 2818, Jln Indah, Bandar Baru Permyjaya, 98000 Miri, Sarawak. Kawasan yang berdekatan adalah e-mart yang semakin menjadi tumpuan ramai seperti penduduk tempatan mahupun pelancong asing terutamanya masyarakat Brunei.

Promotion
Promosi akan dilakukan melalui iklan, surat khabar, brosur, flyer, laman web, media sosial seperti Wechat, Facebook dan sebagainya.

Process
Bagi penempahan, pelanggan hendaklah :

1. Menghubungi nombor yang diberikan.
2. Memberi keterangan diri, tempat tinggal dan nombor yang boleh dihubungi.
3. Memberitahu aksesori yang diinginkan.
4. Apabila tempahan telah disiapkan, bayaran hendaklah dilaksanakan.
5. Tempahan akan dihantar mengikut alamat yang telah diiberikan.

Participant/ People
Antara sasaran pelanggan kami ialah kaum-kaum Bidayuh yang mempunyai anak-anak perempuan. Seterusnya, kaum lain yang meminati dan ingin menjadikan pakaian tradisional Bidayuh ini sebagai satu koleksi dan sebagainya.

Physical Evidence
Melalui gambar-gambar koleksi pakaian tradisional Bidayuh yang telah dihasilkan yang telah ditayangkan di dalam bahan-bahan promosi kami.

Productivity/ Quality

Pembuatan pakaian tradisional ini akan dipastikan kemas dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat aksesori-aksesori dan kain yang digunakan dijamin berkualiti tinggi. Penambahbaikan akan selalu dilakukan terhadap produk bagi menjamin kepuasan pelanggan.

#Asignment_sahaja :)

No comments:

Post a Comment